Search This Blog

Monday 10 June 2013

Renungan.....


Assalamu'alaikum.
-
Kita sambung lagi review pasal buku-buku berkaitan Dajjal & kali ni kita review pulak buku yang ke-2 iaitu 'Membongkar Misteri Dajjal' karangan Muhammad Nurani Maarif.
-

Penulis : Muhammad Nurani Marif
Penerbit : Hijjaz Records Publishing
Website : www.lamanpenerbithrp.blogspot.com
Email : lamanpenerbithrp@gmail.com
Tel : 03-61408280 / 8281
ISBN : 978-967-5391-00-2
Harga : RM 37.90 (Sem.Malaysia)
RM 39.90 (Sabah/Sarawak)

Kalau saya boleh cakap,
buku ni lebih kurang macam expansion pack of
buku Muhammad Isa Dawud
Maknanya,
kebanyakan topik dalam buku ni adalah
kupasan yang lebih detail daripada buku Muhammad Isa Dawud tu.
Tapi kalau anda tak pernah baca
buku tulisan Muhammad Isa Dawud tu,
jangan risau sebab anda masih
dapat memahami apa yang cuba disampaikan
oleh Muhammad Nurani Maarif ni.
-
 PERBAHASAN TENTANG DAJJAL 

 OK.
Mula-mula buku ni akan sentuh pasal perbahasan masyarakat tentang bentuk sebenar Dajjal samada dia manusia atau bukan.
Cuma kat sini saya malas nak hurai lebih lanjut sebab jawapannya kita dah dapat hasil daripada review buku 'Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda' tulisan Muhammad Isa Dawud dulu.
-
Cuma bila ada orang tanya apa makna Dajjal?
Jawapannya,ad-Dajjal tu bermaksud menutupi.
-
Ada orang tanya lagi,
kenapa Nabi Isa & Dajjal digelar Al-Masih?
Jawapannya,Al-Masih dalam bahasa Melayu bermaksud 'yang menghapus'atau 'menutupi' & turut bawak makna 'yang mengembara'.
-
Nabi Isa digelar al-Masih sebab beliau
diberi Allah mukjizat menghapus penyakit-penyakit manusia melalui tangannya.
-
Dajjal pula digelar al-Masih sebab
mata kanan dia terhapus (menutupi cahaya) & alis mata kanan dia pun terhapus atau menutupi dunia dengan kebenaran.
Dan dia juga digelar al-Masih sebab dia akan mengembara ke seluruh pelusuk dunia. 
-
Bahkan Nabi SAW mengikut Al-Qadhi Ibnu 'Arabi,membezakan Dajjal sebagai Masih Adh Dhalalah (Al-Masih dengan kesesatan)
sementara Nabi Isa sebagai Masih Al Huda (Al-Masih dengan kebenaran).
Lalu abis dah bab perbahasan ni.
-
Sekarang kita masuk bab sandaran hadis pulak.
Kalau dulu kita cuma pegang pada hadis sohih Tamim Ad-Dari untuk sahkan bahawa Dajjal itu adalah manusia,tapi melalui buku ni,kita akan ditunjukkan satu lagi hadis yang tak pernah kita tahu sebelum ni iaitu
hadis Ibnu Shayyad.
-
Dalam kisah Ibnu Shayyad,
Nabi SAW dikatakan bagi perhatian serius akan dakwaan sahabat(bahkan termasuk Saidina Umar)
kononnya Ibnu Shayyad itu adalah Dajjal.
Nabi SAW secara peribadi mengawasi tingkah lakunya.Nabi SAW sendiri pergi ke rumah Ibnu Shayyad untuk perhatikan gerak gerinya dari jauh & dalam satu ketika Nabi SAW bersembunyi di balik pohon kayu untuk perhatikan tingkah laku Ibnu Shayyad.Ini bagi menunjukkan sampai satu ketika,Nabi SAW benar-benar yakin bahawa Ibnu Shayyad itu Dajjal.





Cuma hadis tentang Ibnu Shayyad ni tak banyak diperkatakan & diperincikan dalam buku-buku penulisan tentang Dajjal.Tak tau kenapa.
Tapi yang pasti,kalau ada mana-mana penulis yang mendakwa Dajjal sebagai segolongan manusia,kaum,kumpulan atau satu bentuk idealisme maka ternyata ia bertentangan dengan keyakinan Nabi SAW sendiri yang meyakini Dajjal itu adalah manusia.
-
Masa Nabi SAW & para sahabat mengawasi tingkah laku Ibnu Shayyad,lalu muncul Tamim Ad-Dari bawa berita pertemuannya dengan manusia bernama Dajjal disebuah pulau.
Allah dorongkan pertemuan Tamim Ad-Dari tu bagi mengesahkan Dajjal adalah seorang individu yang bukan tinggal kat Madinah &
tak boleh masuk ke Madinah bahkan dia adalah seorang manusia lain yang dipasung kat sebuah pulau.
-
Saudara,
dengan adanya 2 hadis ni
(Hadis Ibnu Shayyad & Hadis Tamim Ad-Dari) 
kuat keyakinan saya bahawa 2 kisah ni adalah dalil yang mengesahkan Dajjal adalah manusia.
Lalu rasanya tamatlah pertikaian kita tentang
bentuk sebenar Dajjal samada dia manusia atau bukan.



 DAJJAL BERLINDUNG DISEBALIK MISTERI DUNIA   


-
Lepas kita teliti hadis-hadis Nabi SAW & hujah para ulama' tentang Dajjal,
maka pencarian Dajjal sebagai manusia pun bermula.Ia adalah satu usaha nak kesan & bongkar identiti Dajjal yang sebenarnya.
Tapi nak mula macamana?
Tanya bomoh ke?
Atau cari kat internet?
Tak.
Jawapannya jom kita rungkai misteri-misteri dunia yang terpendam selama ni macam
UFO,makhluk asing,Segitiga Bermuda,Piramid, Stonehenge,Tamadun Mayan & banyak lagi.

Tapi sebelum tu,

kita tengok dulu senarai kat bawah ni.
Diharap saudara baca semua teks tu ya.









Persoalannya sekarang,
siapa pemilik semua tamadun purba ni?
-
Dari senarai kat atas membuktikan kewujudan
tamadun purba (ancient civilization)
yang aneh & misteri.
Ia bukan mitos ataupun cerita rekaan.
Ia satu hakikat yang perlu diterima sebab semua monumen & artifak ni kekal sampai sekarang. Kesan & bukti peninggalan tamadun purba ni wujud hampir kat setiap benua & dah berusia lebih ribuan tahun.
-
Macamana manusia yang hidup ribuan tahun dulu boleh cipta binaan agam yang sofistikated 
macam Piramid Mesir & Mayan?
Macamana diorang boleh cipta teknologi
magnetic field & ada ilmu mencerap perjalanan
bintang & planet?
Bayangkan manusia zaman tu dah dahului kita dalam teknologi angkasa & ilmu fizik.
Macamana ini boleh terjadi?
Siapa individu yang ada kecerdikan macam ni?
-

Lalu cuba kita ingat balik kesimpulan perbincangan kita sebelum ni hasil dari review buku 'Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda' iaitu 3 perkara.


 Perkara 1  
-
Kita mula paham yang Dajjal tu adalah makhluk ataupun manusia.
-
-
 Perkara 2  
-
 

Kita juga dah tau yang Dajjal ni dikurniakan Allah sebagai seorang yang paling bijak kat atas muka bumi.
-
-
Perkara 3  
-
Dan yang last sekali,kita dah terima hakikat yang Dajjal ni dikurniakan Allah dengan umur yang panjang.


Jadi berdasarkan 3 perkara ni,
kalau saya katakan semua kewujudan
tamadun purba dunia (ancient civilization)
yang aneh & misteri tu dicipta oleh seorang individu bernama Dajjal anda percaya tak?
Mmm...mesti susah nak percayakan?
Takpe,anda berhak punyai pandangan sendiri.

Tapi percayalah cakap saya,
lepas anda baca buku ni,
pandangan anda takkan sama lagi sebab segala teori dalam buku ni disokong oleh kajian-kajian yang cukup mendalam oleh pengkaji dalam & luar negara.



-
-
iklan-iklan-iklan-iklan-iklan-iklan-iklan-iklan-iklan

Dapatkan T-Shirt Original
bookukita sekarang!



iklan-iklan-iklan-iklan-iklan-iklan-iklan-iklan-iklan
-
-

  PENGEMBARAAN DAJJAL 


Baik,kita teruskan cerita kita.
Kalau anda masih ingat lagi dalam buku
 'Dajjal Akan Muncul Dari Kerajaan Jin di Segitiga Bermuda', 
kita pernah baca yang Dajjal dah lalui 2 pengembaraan:


 Pengembaraan Pertama 

Bila dia meningkat dewasa,dia berjaya keluar dari pulau tempat dia membesar & mula kenal dunia luar serta mula cipta pengaruh.Tapi menjelang kelahiran Rasulullah SAW,dia balik ke pulau & ditangkap serta dipasung oleh Jassasah.
- 

 Pengembaraan Kedua  
- 
Setelah 63 tahun (bila Rasulullah SAW wafat) 
dia dibebaskan oleh Allah lalu bermulalah episod Dajjal mula menjalankan kerja jahatnya keatas manusia.

Jadi kali ni,kita akan tengok kisah-kisah pengembaraan Dajjal keseluruh dunia,hasil kajian yang bersungguh-sungguh oleh saudara Muhammad Nurani Maarif.Buku ni mengkaji 3 individu dalam usaha menjejaki Dajjal:

1-Kukkulcan / Quetzalcoatl

2-Shi Huangdi

3-Merlin


Cuma saya hanya buat ringkasan je sebab nanti panjang sangat,maka selebihnya saudara terpaksa gali sendiri dari buku ni ya.Terima kasih.


 KUKKULCAN / QUETZALCOATL 
(Mexico)


Kaum Mayan dikatakan dah wujud pada 2000SM. Diorang adalah kaum yang lemah & selalu terdedah kepada bencana alam,penyakit & serangan musuh dari kaum lain.Tapi tiba-tiba seorang individu yang bernamaKukkulcan (ataupun dipanggil Quetzalcoatl oleh kaum Aztec) datang dari arah laut kemudian ajar kaum Mayan tentang ilmu kehidupan sekaligus telah ubah kehidupan kaum Mayan.



Kaum Mayan tiba-tiba jadi kaum yang
sangat maju pada 250M-900M.
Diorang mahir ilmu astronomi,
ada kaedah pengiraan yang tepat,
boleh baca perjalanan bintang,
boleh tahu bilangan hari kat planet Venus,
serta boleh hurai sifat & kedudukan matahari dengan tepat!

Bukan tu je,
kaum Mayan tiba-tiba ada kemahiran senibina & seniukir yang menakjubkan.Kemampuan diorang bina piramid & kompleks yang agam amat mengagumkan sebab ia dibina dari batu kapur yang dipotong dengan ukuran yang tepat & disusun secara kemas lalu membentuk sebuah piramid dengan bilangan anak tangganya mengikut jumlah hari iaitu 365! 
Dan setiap binaan ada makna tersendiri malah kedudukannya juga menghadap ke arah matahari terbenam.Masya Allah!



Tapi setelah beberapa lama,
akhirnya Kukkulcan pergi meninggalkan kaum Mayan.Dia tinggalkan tanda-tanda aneh & kod rahsia yang diukir dengan ciri-ciri serta simbol-simbol yang hanya boleh dibaca oleh orang-orang tertentu saja.Dan lepas kod-kod rahsia ni berjaya dibaca oleh pakar-pakar sejarah,rupa-rupanya tanda-tanda & kod-kod aneh ni membawa maksud,Kukkulcan berjanji akan muncul kembali pada akhir zaman!



 SHI HUANGDI  
(China)

Dalam banyak-banyak maharaja China,
inilah satu-satunya maharaja yang digelar
the Dragon King.
Shi Huangdi hidup pada 259SM-210SM & digambarkan sebagai seorang maharaja yang penuh dengan keajaiban.
Masa zaman pemerintahannya,China dikatakan berada dizaman puncak.Antaranya:

1-Hanya dia yang berjaya satukan 9 daerah yang luas & besar dengan tamatkan sengketa yang panjang antara puak-puak China.

2-Bina tembok besar China.

3-Bina piramid sebagai tempat persemadian.

4-Bina 8,000 patung Terracotta bersaiz manusia & kuda.



Terus-terang sebenarnya saya pun tak tau ada piramid kat China! Sebab ia tak sepopular piramid kat Mesir atau Mayan.Walaupun dah lama wujud tapi teka-teki kewujudannya masih tak terjawab sebab kerajaan China tak bagi kebenaran untuk ia dikaji.Hanya lepas ribuan patung tentera Terracotta ditemui barulah teka-teki piramid tu terjawab.

Tapi siapa sebenarnya Shi Huangdi ni?
Macamana dia boleh bina banyak binaan yang mustahil dibuat oleh manusia biasa?
Apakah dia hanya manusia biasa
yang ada kuasa luar biasa?
Sebab banyak karya yang gambarkan dia sebagai seorang manusia yang penuh kesaktian.
Profil sebenar dia ni masih jadi tanda tanya.

Tapi seorang pengkaji prolifik,
Maurice Cotterell berjaya rungkai simbol-simbol & kod-kod rahsia pada patung Terracotta & jumpa mesej yang cuba disampaikan oleh Shi Huangdi iaitu dia akan muncul kembali pada akhir zaman!



 MERLIN (Britain)  


Saya yakin semua orang pernah tengok siri TV Merlin kat TV3 kan? Seorang pemuda yang ada kuasa sihir & setia menjaga King Arthur?
Percaya tak yang Merlin ni memang wujud suatu masa dulu? Merlinbukan sekadar epik atau cerita legenda masyarakat Britain,ia adalah sejarah yang penuh misteri.
  

Cuma gambaran kat atas tak sama dengan muka Merlin yang kita tengok kat TV tu.Biasalah,muka yang nak keluar kat TV mestilah kena ada nilai komersial.Kalau muka serabai macam kat atas, siapa nak tengok ya tak?
-
Dalam sejarah Britain,
Merlin mainkan peranan penting masa pemerintahan & kegemilangan King Arthur pada hujung 5 Masihi hingga awal 6 Masihi.
Merlin adalah penasihat & mentor King Arthur.
Tapi kalau ada orang masih cakap Merlin cumalah cerita legenda masyarakat Britain,buku ni akan dedahkan ada bukti nyata menunjukkan Merlin ni hidup & bergaul dengan manusia. 
-
Macamana kisah Merlin seterusnya?
Nampaknya anda terpaksa gali dari buku ni.
 Sebab bahagian yang paling menarik ialah:
 -
dalam semua catatan Eropah,
Merlin dikatakan hilang/pergi tapi tak mati,
dan dia berjanji akan muncul kembali!
 -
 Saudara,
perasan tak apa yang penulis buku ni cuba sampaikan hasil kajian beliau?
Semua individu yang dikaji berakhir dengan cerita yang diorang akan
 muncul kembali pada akhir zaman!
Adakah ini semua satu kebetulan?
Mmm...tu pasal saya cakap anda kena dapatkan buku ni dengan segera!


 SAAT KEMUNCULAN DAJJAL  

Maka kita dah sampai kat penghujung cerita.
Mesti ramai nak tahu apa kesudahan cerita ni?
atau lagi tepat
bila Dajjal nak muncul?
Jawapannya Dajjal akan muncul bila manusia
dah tak ambik kisah & melupakannya.
Cerita pasal Dajjal dilupakan sebab kononnya
ia terlalu sulit untuk difahami.
Cerita pasal Dajjal dilupakan sebab kononnya
ia cuma mitos agama.
Cerita pasal Dajjal dilupakan sebab kononnya
ia bukan masalah utama.
 -
 Tapi Dajjal tak muncul macam tu je.
Dia akan muncul selepas semua perancangan fitnahnya berjalan dengan sempurna.
Apa fitnahnya?
Anda kena cari sendiri dalam buku ni tapi yang pastinya dia akan muncul di celah-celah keributan huru-hara dunia kononnya sebagai the savior (penyelamat). 
Cuba buka mata & minda kita seluas-luasnya bila baca cerita kat bawah. 








Ringkasnya,janganlah kita terlalu ambik mudah & rasa kuat untuk hadapi fitnah Dajjal ni.
Baca buku ni sampai abis dulu baru kita akan tau betapa kita sebenarnya dah duduk lama dalam lingkungan fitnah Dajjal.
Saya gerenti lepas baca buku ni,
pandangan anda terhadap dunia takkan sama lagi selepas ni.
Moga Allah terus lindungi kita selamanya.
Insya Allah... 

apa itu perjuangan???

 Di dalam menjalani kehidupan kita mesti ada perjuangan. jadi kita mestu rencang dan gubah perjuangan kita agar menjadi satu perjuangan yang bermakna dan tidak sia-sia....